Sunday, September 13, 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 2/2015

 Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SK FELDA Tenggaroh 6 telah berjaya mengadakan KBS kali ke-2 bagi sesi 2015. Pada 16 Mei 2015 murid Tahun 1 hingga 6 mengikuti Kem Bestari Solat peringkat sekolah yang  telah dilaksanakan pada hari Sabtu.

Program dimulai dengan pendaftaran peserta selitar 7.45 hingga 8.00 pagi. Seterusnya acara diteruskan dengan taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan. Pengisian pada kali ini ialah perkara asas melaksanakan solat bagi tahun 1 dan 2, manakala tahun 3 pula memperkasakan bacaan solat. tahap 2 menfokuskan tatacara solat berjemaah serta amali dan bacaan. program kali ke-2 ini menfokuskan kepada pengukuhan amali dan bacaan murid.

Kehadiran 89/103 dan di kendalikan oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SK FELDA Tenggaroh 6 dan 6 orang urus setia.. Program turut dipantau oleh pihak pentadbiran. Sambutan daripada murid amat menggalakan. Murid yang tidak dapat hadir dimaklumi bersebab. Berikut adalah gambar sepanjang program.

Pihak Panitia Pendidikan Islam dan Unit J-QAF SKT6 mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, staff dan pihak kantin sekolah kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini.

Friday, March 13, 2015

HUKUM SOLAT FARDU BERIMAMKAN SOLAT SUNAT

ISU:

Saya ingin bertanya apakah hukum bagi orang yang solat fardhu berimamkan solat sunat. Contohnya,salah seorang rakan saya telah lambat untuk solat berjemaah dan kebetulan hanya saya seorang yang sedang solat di situ. Tetapi saya sedang solat sunat qabliyah, lalu dia menepuk bahu saya dan berimamkan saya.

1. Adakah solat dia sah? 
2. Apakah yang perlu saya buat ketika dia menepuk bahu saya untuk berimamkan saya?




PENJELASAN:

Menurut Imam al-Syafi'i, sah seseorang makmum yang mendirikan solat fardhu berimamkan imam yang solat sunat. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, "Pernah suatu hari Muaz bersembahyang Isyak bersama-sama dengan Nabi Muhammad saw. Kemudian selepas selesai, Muaz kembali ke rumahnya dan dia menjadi imam kepada ahli keluarganya." Imam al-Syafi'i menjelaskan, solat yang didirikan oleh Muaz pada kali kedua itu adalah solat sunat, manakala solat ahli keluarganya yang menjadi makmum itu adalah solat fardhu Isyak. Ini menjadi dalil bahawa dibenarkan orang yang bersolat fardhu berimamkan imam solat sunat.
Namun, adalah lebih baik dielakkan bagi menghindar daripada perbezaan pendapat kerana ulama yang lain berpendapat tidak sah makmum solat fardhu berimamkan imam solat sunat (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).
Jika seseorang yang solat sunat, kemudian ada orang menepuk bahunya untuk menjadikan dia imam, dia hanya perlu teruskan solatnya dan tidak disyaratkan dia berniat menjadi imam (al-Syarbini al-Khatib, Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 503).
Wallahu a'lam



Friday, February 27, 2015

SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.


FARDHU

SEBELUM

HUKUM

SELEPAS

HUKUM

SUBUH

2 RAKAAT

MUAKKAT

TIADA

TIADA

ZOHOR/JUMAAT

4 RAKAAT2 RAKAAT

MUAKKAT 2 RAKAAT

4 RAKAAT2 RAKAAT

MUAKKAT 2 RAKAAT

ASAR

4 RAKAAT

TIDAK MUAKKAT

TIADA

SEMBAHYANG SUNAT DIHARAMKAN SELEPAS FARDHU ASAR

MAGHRIB

2 RAKAAT

TIDAK MUAKKAT

2 RAKAAT

MUAKKAT

ISYA'

2 RAKAAT

TIDAK MUAKKAT

2 RAKAAT

MUAKKAT


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai)


Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib. 
 
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    
 


NIAT SOLAT RAWATIB


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.


Sumber : Tayibah.com









Tuesday, February 17, 2015

SOLAT AWAL WAKTU

Kita sering mendengar tentang kebaikan solat di awal waktu, namun kita jarang sekali mempelajari sumber sebenar tentang hal tersebut. Kali ini kita akan belajar serba sedikit tentang hadis-hadis berkaitan dengan solat di awal waktu.


Hadis-hadis umum berkenaan solat di awal waktu:
1-“Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya mendapat keampunan Allah” ( Riwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu)
2-“Ditanya Nabi SAW , apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu”. ( Riwayat At-Tirmidzi dan Abu Daud, Albani : Sohih)
3- Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith Shohih riwayat Al-Bukhari)
4- Nabi SAW bersabda : Ertinya : “Kiranya tidak menjadi keberatan bagi umatku , nescaya akan ku arahkan mereka agar melewatkan solat isyak (jemaah) sehingga 1/3 atau ½ dari malam”.
5- Nabi SAW bersabda : Ertinya “Jangan kamu melewatkan solat kerana makanan dan juga lainnya”. (Riwayat Abu Daud , Al-Albani menyatakannya Dhoif)
6- Nabi SAW Bersabda : Ertinya : “Lewatkanlah solat fajar, kerana ia lebih agung ganjarannya” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Nasaie, Abu Daud dan Ibn Majah. Tirmizi menyatakan ia Hadith Hasan Shohih , bagaimanapun Al-Haithami menyatakan dalam rawinya terdapat Abd Rahman Bin Zaid, ia adalah Dhoif)




Pandangan para fuqaha mazhab seperti berikut :

Mazhab Hanafi:
Sebaik waktu adalah di awalnya, kecuali Subuh dan Asar, Hanafi berpandangan lebih afdhal ditunaikan subuh ketika hampir terang, bagi meramaikan jemaah di masjid. Merka berdalil dengan hadith yang keenam di atas. Bagaimanapun Majoriti Mazhab mengatakan Subuh ketika gelap (awal waktu) lebih afdhal. Adapun sebab afdhal melewatkan solat asar, kerana bagi membolehkan solat sunat sebanyak mungkin sebelumnya.

Mazhab Maliki:
Sebaik-baik waktu adalah permulaannya samada jemaah atau bersendiri, zohor dan lainnya. Mereka berdalilkan kepada hadith yang pertama, kedua dan kelima tadi. Lalu semua jenis solat adalah afdhal diawalkan kecuali jika menunggu jemaah sampai.

Mazhab Hanbali:
Afdhal waktu adalah di awalnya kecuali Isyak dan Zohor. Melewatkan Isyak hingga ke 1/3 malam adalah afdhal kiranya tidak menyukarkan makmum. Ia berdasarkan hadith ke empat di atas. Adapun waktu Zohor berdalilkan hadith ketiga.

Mazhab Syafie:
Disunatkan menyegerakan solat semuanya kecuali Zohor, disunatkan menunggu sedikit redup dan kurang panasnya. Pandangan ini berdasarkan hadith ketiga di atas.

Kesimpulan:
Umumnya, solat di awal waktu lebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa alasan dan maslahat tadi maka, semua solat adalah afdhal di awalnya.


Sumber : Zaharudin.net

Friday, February 13, 2015

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2015

                Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF SK FELDA Tenggaroh 6 telah berjaya mengadakan KBS kali ke-1 bagi sesi 2015. Pada 13 Februari 2015 murid Tahun 1 hingga 6 mengikuti Kem Bestari Solat peringkat sekolah yang  telah dilaksanakan pada hari Jumaat.

                Program dimulai dengan pendaftaran peserta selitar 7.45 hingga 8.00 pagi. Seterusnya acara diteruskan dengan taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan. Pengisian pada kali ini ialah perkara asas melaksanakan solat bagi tahun 1 dan 2, manakala tahun 3 pula memperkasakan bacaan solat. tahap 2 menfokuskan tatacara solat berjemaah serta amali dan bacaan.

                Kehadiran 95/103 dan di kendalikan oleh 10 orang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru SK FELDA Tenggaroh 6 dan 6 orang urus setia.. Program turut dipantau oleh pihak pentadbiran. Sambutan daripada murid amat menggalakan. Murid yang tidak dapat hadir dimaklumi bersebab. Berikut adalah gambar sepanjang program. Mengikut jadual KBS @ SKT6 akan datang KBS bagi murid Tahun 1 hingga 6 bakal diadakan pada Mei 2015.



                Pihak Panitia Pendidikan Islam dan Unit J-QAF SKT6 mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru, staff dan pihak kantin sekolah kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini.